harini sy nk share resepi cistat yg dipopularkan oleh k. azita zain... thnks akk atas resepi ni.izinkan sy copy kt cni ye..alhmdulillah byk kali saya buat & menjadi pujaan hati sy dan customer2 sy jg.....sbb ramai yg bertanya resepi ni , sy share lah kt cni...
sblm nk buat tart ni make sure dah ada acuan tart ni ye....beli kt kedai bakery hrga dlm rm8/10 pcs(size 5 klo xsilap)...beli la 30 pcs trus sng keje..sbb adunan ni boleh dpt dlm 35 biji...
gambar ehsan pakcik google |
ni resepi yg sy cedok dr k.azita zain...halalkn ye akk.....
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin - sy guna buttercup
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum- sy letak 300gm
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese - phedapelia @ tatura
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Bahan-bahan :
170gm marjerin - sy guna buttercup
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum- sy letak 300gm
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese - phedapelia @ tatura
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar 3 minit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
masukkan filling dlm crust..guna piping beg...
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman k.azita zain)....
- Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
- Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
- Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
utk teknik2 asal boleh tgk blog k.azita..
ok dah selesai...selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment