Nuffnang

Wednesday, December 21, 2011

whipping cream @ krim putar

Bismillahirrahmanirrahim......


ptg td pegi tesco cari brg umh & cream cheese ... cuma xdpt cr non-diary whipping cream, so sy pn call k.irma.... tnya dia..dia suruh cr dkt bakery shop.lps je byr brg2 kt tesco sy pn pegi yumi... so, nampk la vivo pnya brand..bila nk byr, sy tnya ni betol ke non- diary whipng cream ? dia tnya akk nk ke? sy ckp ye...so die pegi amik dkt freezer..rupanya sy silap lg...so sy ikut die pegi freezer jumpa la mcm2 brand, last sy amik value pride....
ni gmbrnye..sy nk buat kek....sblm2 ni sy silap beli uht whippg cream.. (ptt la krim tu xkental)..huhu...


sambil tu sy nk link kn psl krim putar ni.....thnks to the blogger2 kt bwh ni...izinkan sy copy ke blog sy ye.....


sumber asal:
http://citarasawan.blogspot.com
http://myzajresepi.blogspot.com
http://zachoes.blogspot.com



Whipping Cream atau krim putar  terdiri daripada 2 jenis iaitu:
  • Non-Dairy Whipping Cream
  • Dairy Whipping Cream.
Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada di dalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream

Non-Dairy Whipping Cream

Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.


  • Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus danpukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja).


  • Mewarna:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
  • Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan.  Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right ) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. Jenama yang disebutkan di atas adalah halal, insyaAllah.

Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping (picture courtesy of Google)
image
Vivo Topping Ace keluaran Singapore – yang biasa saya gunakan (picture courtesy of Google)

Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google)

Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries (picture courtesy of Google)

Rich's Whip Topping (Gold Label) (picture courtesy of Google)


Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping (picture courtesy of Google)
image
Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping (picture courtesy of Google)
  • Harga:
Bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.

Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
  • Kegunaan:
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik. [citation]
Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.
  • Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
  • Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali).


Friday, December 9, 2011

pavlova

salam....

mggu lps ada kesempatan try  buat pavlova ni.....rasanya sgt manis, tp bila ada whipped cream + buah2 fresh yg msm tu mmg sesuai sgt..xrugi buat.. resepi bole tgk kt cni, resepi asl xsilap sy dr joy of baking....

Sunday, December 4, 2011

1st order

free choc cc

red velvet


cake choc moist

harap2 kek2 ni menepati citarasa mereka.... tqvm sopiana
congrts on ur wedding...happy for u....
moga ikatan yg dibina kekal hingga ke syurga...

Wednesday, November 23, 2011

kek choc moist & fruit tart.... Dibuka untuk tempahan

Assalamualaikum..
Buat org2 kedah , esp. area alor star & yg sewaktu dgnnya, tempahan dibuka bermula bln disember 2011..


kek choc moist...
berat 1kg (-+)
harga Rm 45

fruit tart
15 biji = Rm 23.00
30 biji = Rm 45.00


Untuk tempahan 3 hari sblm , sila msj ke no: 019-269 2025 (Dina)





Wednesday, October 26, 2011

gambar kek

salam....

cuti ni boring2 teringt kek tp xkose nk buat....
layan jela gmbq kek yg pnh buat dulu..lps ni ada target mcm2 kek nk buat

marble cheese brownies

choc moist cake

~~~~red velvet~~~


choc cake & ganache


Sunday, August 7, 2011

update gambar telekung indon

salam semua.. sy update gambar telekung beserta harga termasuk kos poslaju......
happy shopping!!! emel nurdeena85@gmail.com utk order.. tq


kod 1701
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available

kod 1704
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
sold out

 kod 1707
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available


kod 1708
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
sold out

kod 1710
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
sold out

kod 1714
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available

kod 1715
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available

kod 1716
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available

kod 1717
harga rm 73 sem m'sis
              rm 75 sabah srwk
available

kod b03 (tiada beg)
harga rm 68 sem m'sis
              rm 70 sabah srwk
available























Telekung indonesia + beg

Salam semua...
Utk pengetahuan , stok telekung indon dah masuk pakej dgn beg sekali.. Boleh tgk facebook sy.. Harga murah shj.. Rm73 termsk pos utk semenanjung & rm75 utk sabah & srwk...
Tgk fb ye utk gmbr. Xsempat nk upload kt sini... Ok lah, selamat berpuasa & berbuka... Babai....

Wednesday, July 13, 2011

Cerita di imigresen klia

Salam buat semua

Sebenarnya nk story 1 kisah ni msa nk checkout di klia last month... Sy dukung qayyim, suami pegang pasport bg dkt officer tu utk check... Lama dia perati qayyim... Pelik juga nape la kn. Pastu dia tnya anak bape taun, sy ckp dkt 2 taun.. Tetiba riak muka dia cam sedih sket.... dia tnya anak ok ke, sy ckp ok.. Pastu dia pn bgtau yg dia pn ada ank lbh kurang umur cam qayyim...... Tp anak dia xboleh buat ape2.. That's mean blm boleh jln mcm qayyim, hnya mampu baring je.. Sy tnya nape, dia bgtau lemas waktu bersalin... Ya Allah, xsangka dia nk crita cmtu....sedih tgk muka dia.. Xmampu sy nk kata apa2 lg km terus jln nk amik luggage.. Terdetik dlm hati, wlw qayyim diuji cmni tp alhmdulillah qayyim msh boleh tersenyum riang, sepak bola,Jln laju2, nangis kuat2, mnjerit, makan sepenuh hati dll lg.... Syukur pd mu Allah....ada lg org yg lbh teruk drp dia.... Syukur sgt3.... Apa2 sy redha dgn keadaan dia skrg... Permata hati km yg pertama yg sgt km sayangi... Xdpt bygkan klo dia xdak kt sisi... Huhu...
Benarlah kata Allah, hidup kita hanya utk diuji mana yg terbaik amalan kita semasa didunia ini.. Anak2 , harta , wang ringgit semua adalh ujian.... Hnya pinjaman smentara dr Allah... Harapnya kita gunakan dgn sebaik2nya....
Sekian saja kali ni...wassalam

Friday, July 1, 2011

Makan-makan di negara Arab


Gambar makanan yg sempat kami jamah kt sana….

Nasi beriyani ikan…30 riyal.
 di Mekkah


Ayam ala2 kfc…17 riyal..best gak isi dia,
putih n fresh. di Mekkah

nasi beriyani ayam…sedap sgt2
antara restoran yg digemari d Madinah, tp xingt nama apa...

roti nan, kambing msk…., ayam msk….(xtau nama)makan je tau & kuah kacang dhal..restoran kt Madinah

Nasi mandhi ayam…meletopss

Nasi mandhi kambing…mmg terbaekk..
xrasa kambing pn…mkn dgn kuah tu je..



Thursday, June 30, 2011

Cupcakes

Assalamualaikum wbt..
baru2 ni sy dpt attend class buat cupcakes area alor star ni…
tengok jela gambar ye…:)

tu la cikgu sy yg amat baik hati...


2 ank murid...

lg sorg 1 murid ..nama pn kak zue jgk...


our mushrooms..comel x?

yg hijau n merah ni sy pnya.. xlawa pn...

topi dr fondant...

sapu butter cream

>>>:)<<<<

rumput….


sbhgian yg dah siap


dah siapp…ready to eat...

Best bljr…kna ada minat & sabar baru boleh go on..klo x, mmg frust la..tu sbb tangan ni kna ringan try slalu tnpa jemu…harap2 lps ni mnjadi la cupcakes ku…. hehhe…buat cikgu ku yg sgt sporting & sanggup ajar aku…thanks a lot kak zue

wassalam….

Wednesday, June 22, 2011

Terima kasih Allah

بسم الله الحمن الريم
اسلام عليكم

Syukur pd Allah atas nikmat2 yg km perolehi spnjg hidup ini.. Nikmat yg plg besar tentulah nikmat Iman & Islam, tnpa nikmat ini rugilah manusia2 di akhirat nnti.. Disamping tu byk lg nikmt yg byk kita nk hitung smpai hari ni.. Aku perlu bersyukur sgt2 disamping ujian yg diberi juga tanda kasih dan sayang Allah pd kita...
Berkesempatan mnjdi tetamuNya xterungkap kata2.. Aku mohon peluang yg ke 2 utk kembali ke sana.. Byk pengalaman & pngajaran yg km dpt spnjg di sana.. Qayyim juga alhamdulillah Allah pilih juga.. Seronok xterkata buat pertama kalinya..

Moga slps ni km xberhenti bsyukur dan sntiasa memperbaiki ibadah km ini dgn seelok2 nya...mengingatinya saat senang dan susah.... Moga km dpt kembali lg ke sana...
Ya Allah kau terimalah amalan2 kami sekeluarga spnjg hidup km ya Allah... Berkatilah rezki yg kami perolehi ini dan mudahkanlah perjalanan hidup kami yg sebentar cuma...dan matikanlah km dlm khusnul khatimah ya Allah...
Amin ya rabbal' alamin.....

Thursday, May 26, 2011

Moga ketemu lagi~~~~~

Salam.....
Sempena cuti sek ni kami sekeluarga mgucapkan slmt bercuti. Bagi yg nk jalan jauh selamat pergi & pulang kami ucapkan.. Smga berjumpa lg di lain masa insyaAllah... Maafkan atas segalanya..

Monday, May 23, 2011

Semua pasti pergi

Bismillahirrahmanirrahim

Pasti semua akn pergi ... 1 alam yg pasti... Teringat insan2 yg telah pergi.. Kita hnya menanti.. Janji Allah itu pasti.. Slm takziah buat mereka yg sedang menanti kita dgn begitu setia sekali..
YaAllah tempatkanlah mereka semua dlm golongan yg kau rahmati..
Matikan kami dlm keadaan husnulkhatimah ya Allah...amen ya rabbal 'alamin...

Saturday, May 21, 2011

Mak....

Slm semua... Alhmdulillah bru balik kg wlwpn skejap dpt jmpa mak & ayah.. Rindu rasa hati dah terubat dpt pelok cium depa... Dpt mkn mskan mak wlwpn ringkas n mkn nasi lemak yg plg best kt kg tu yg xpnh jmpa lg kt mana2 tmpt yg saya pegi... Sgt mengancam... Hehe...
Tp yg xbestnya sedih tgk mak sakit telinga, kesian dia, nk mkn pn xlalu.. Tp masak jgk utk kami sekeluarga, itula kasih mak kn sampai ke syurga... Huhuhuhu.. Erm... Sorry sgt2 kt mak sbb xdpt nk ubatkn telinga mak sbb binatang kecik masuk kt ctu.. hnya boleh tgk dr luaq jela.. Kesian mak... InsyaAllah esok mak pi ambik ubt, lega la harapnya.. Xsanggup tgk mak sakit lg... YaAllah kau sembuhkan telinga mak aku ya... Byk lg nk crita tp xpela nnti2 la... Ngtuk sudah , esok nk kja... Tata...

Friday, May 20, 2011

Testing... red velvet

Salam ... Ni sy testing upload gambar kek red velvet yg sy buat ni via iphone, lps sy tnya "ibuarifa" thanks ye ibuarifa..

Friday, April 22, 2011

Mutiara Sabah

Salam kwn2.. Nk bgtau sket yg skrg ni sy ada jual brooch ori dr Sabah.. Cuti2 ni bole la upload gmbr brooch tu tp kt fb la.. Xtau nape xleh nk upload kt cni klo via iphone.. Xreti la dok cuba byk kali xdpt.. So boleh la tgk dkt fb sya, harga murah je serendah rm5 shj hingga rm20.. Ok lah tu sja untk n3 arini.. Ari jumaat kedah cuti tp xkemana pn just shopping kt tesck je pg td.. Hubby pn xde die outstation lg.. Nk jln2 pn xtau ke mana.. Ingt nk bwt kek choc la pasni td dah beli tepung kek siap.. Klo xlarat esok la baru buat..
Ok lah jmpe lg..

Monday, April 18, 2011

Bila dah besaq…..

mata tpejam plk….


suka gigit2

dulu2 suka minum air msk; abah suapkan
masa cuti2 kt kemaman
qayyim boleh jalan masa umo 1thn 2bln..
gigi pn dah byk sgt….
qayyim ngn tok sara & tokwan

qayyim yg montel seketika dulu