Nuffnang

Friday, June 5, 2015

Dorothy Perkins Malaysia Tawarkan Keselesaan

Dorothy Perkins bukanlah sebuah jenama yang baru di Malaysia malah telah lama bertapak di Kuala Lumpur khususnya. Buat pengemar fesyen masakini, label pakaian antarabangsa yang terkemuka ini menawarkan koleksi pakaian wanita yang berkualiti dan sentiasa mengikuti trend terkini. Apa yang menarik mengenai jenama ini juga, saiz pakaian yang ditawarkan juga tersedia untuk wanita bersaiz plus. 

 Oleh itu, jika anda sedang mencari koleksi blouse atau kemeja wanita yang berkualiti dan menjamin keselesaan sepanjang pemakaian, Dorothy Perkins Malaysia Online merupakan jenama yang terbaik untuk anda. Koleksi pakaian Dorothy Perkins juga dipengaruhi oleh gaya wanita moden yang classy sesuai untuk anda yang ingin tampil selesa dan bergaya ke pejabat.



 Selain blouse dan dresses, Dorothy Perkins juga membawakan koleksi outerwear seperti jacket, cardigan, sweater dan lain-lain outerwear yang sesuai untuk anda gayakan ke majlis-majlis istimewa mahupun untuk keluar bersantai. Jangan risau mengenai harga koleksi pakaian ini, kesemuanya boleh anda miliki dengan harga yang amat berpatutan. Sebagai contoh, harga sepasang jeans adalah serendah rm96! Murah bukan? 



 Tidak lupa juga bagi anda yang sedang mencari koleksi beg tangan dan kasut, Dorothy Perkins juga turut menyediakannya untuk anda semua. Bukan itu sahaja, temui juga koleksi aksesori wanita seperti gelang, rantai dan subang yang sememangnya bakal menyempurnakan lagi penampilan anda. Seronok bukan? Anda dapat menjimatkan masa anda kerana semuanya ada di sini. Tunggu apa lagi? Kini anda juga boleh membuat pembelian bersama Dorothy Perkins Malaysia secara online di laman web ZALORA Malaysia. Selamat membeli-belah!